GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu! ~ Bila Han Bercerita

Monday, 26 March 2012

GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!




Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya enam lelaki.

Mereka berjaya menipu kira-kira 600,000 orang mangsa melalui skim MLM di republik tersebut dan Hong Kong sejak tiga tahun lalu.

Menurut polis, keenam-enam mereka menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali dengan nama ABM…kononnya menjual sejenis perisian yang membolehkan seseorang itu menelefon ke luar negara dengan kadar yang murah.

Modus operandi atau cara mereka menipu, mudah saja.

Mereka akan bergambar dengan pemimpin atau jutawan terkemuka sambil mendakwa mendapat sokongan tokoh-tokoh yang dimaksudkan.

Tapi yang lucunya, mereka menggunakan patung lilin di muzium lilin terkenal, Madame Tussauds!

Dalam hal ini yang menjadi ‘mangsa’ mereka adalah Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang dan jutawan terkenal, Richard Li, anak kepada bilionair Li Ka-Shing.



Menariknya, ratusan ribu mangsa penipuan ini percaya yang syarikat tersebut benar-benar berpengaruh setelah melihat gambar-gambar ‘taukehnya’ dengan tokoh-tokoh yang dimaksudkan.

” Kami sungguh yakin bila tengok gambar suspek dengan tokoh-tokoh berpengaruh berkenaan, tanpa banyak cakap tiap seorang daripada kami terus membayar yuran keahlian sebanyak 23,000 Yuan (RM11,218) pada tahun 2009.

” Kemudian kami tambah lagi ‘pelaburan’ sebanyak 28,000 Yuan (RM13,657) untuk membuka cawangan kedai ABM dan telah berjaya menarik 40 orang lagi untuk menjadi ‘downline’,” kata salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Xie.

Namun malang buat Xie kerana tidak sampai setahun syarikat itu tutup dan mereka yang bertanggungjawab hilang entah ke mana!

SUMBER ASAL


Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...