ALLAHUAKBAR !! Dapat 4A SPM, banduan muda ingin jadi wartawan ~ Bila Han Bercerita

Friday 23 March 2012

ALLAHUAKBAR !! Dapat 4A SPM, banduan muda ingin jadi wartawan



MARANG – Saya tidak menyangka ada sekolah dalam penjara dan dari situ saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan kepada saya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Demikian menurut seorang banduan muda, Mohd Fauzan Sharrif, 20, dari Sekolah Intergriti Marang di sini, yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan jenayah rogol dan memperoleh keputusan 4A 3B dan 1D dalam peperiksaan SPM 2011.

Mohd Fauzan yang dipenjarakan sejak Januari tahun lalu berkata, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke penjara itu dia tidak mengetahui bahawa penjara menyediakan peluang kepada banduan melanjutkan pelajaran di Sekolah Integriti berkenaan.

Fauzan yang bakal dibebaskan pada 11 Mei 2014 juga ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi selepas ini dan berhasrat untuk menyambung pelajarannya dalam bidang komunikasi massa di Sekolah Intergriti Kajang di Selangor.

“Dua tahun lalu saya pernah menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah di Kuantan namun hanya memperoleh 2A sahaja, dan dengan keputusan kali kedua ini saya berazam untuk mengubah kehidupan dan mengorak langkah mencapai cita-cita.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai penjara dan guru yang sudi membantu dan akan memohon untuk menyambung pelajaran di Sekolah Intergriti Kajang bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan,” katanya.

Mohd Fauzan yang ditemani Pengetua Sekolah Intergriti Marang, Azrin Mohamad, dua anggota termasuk anggota unit kawalan penjara (UKP) Penjara Marang berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Penjara Marang, di sini

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...