GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 11 March 2012

GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah


alt

TOKYO - Inginkan kelainan dengan cara tersendiri serta sifat menunjuk nunjuk seorang doktor akhirnya telah membawa padah ke atas dirinya sendiri setelah memandu laju kereta mewah beliau jenis Ferrari berharga sekitar RM800,000 lalu memuatkannya ke Youtube mengundang kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).

Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.Menurut laporan media,dia hanya ingin menunjukkan keindahan sebuah kereta Ferrari.

Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.

Rakaman pada pagi 24 April 2011 menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.

Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.

Menurut laporan itu,pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Masjid terbesar dunia di Algeria dibina
    09.05.2016 - 0 Comments
    ALGEIRS: Algeria akan membina masjid terbesar di dunia dengan pihak berkuasa negara itu menyifatkan…
  • 3 Teknik Kemutan Faraj yang menarik
    10.02.2015 - 0 Comments
    Bab ini membincangkan soal seni kemutan faraj ketika jimak. Di dalam sesetengah masyarakat tradisional,…
  • Pua Khien Seng – Pencipta USB Flash Drive
    16.04.2012 - 0 Comments
    Hey korang,tadi Han blogwalking dekat blog amanz.so terjumpa benda best neh,info tentang pencipta USB,Han pon…
  • GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong
    21.04.2012 - 0 Comments
    REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama…
  • Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online
    01.12.2014 - 0 Comments
    Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015 oleh Perdana…