COOL !! Google Rancang Keluarkan Tablet Kos Rendah ~ Bila Han Bercerita

Saturday 31 March 2012

COOL !! Google Rancang Keluarkan Tablet Kos Rendah


google


SAN FRANCISCO – Google akan bekerjasama dengan pengeluar peranti mudah alih di Asia bagi menghasilkan tablet bersaiz tujuh inci pada harga rendah untuk bersaing dengan tawaran yang dibuat Amazon.com dan Apple, demikian menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.

Perisian Android yang dimiliki gergasi Internet di California itu akan digunakan dalam perisian yang dihasilkan oleh rakan kongsinya termasuk Samsung dan Asustek untuk bersaing dengan iPad dan Kindle, menurut laporan yang dikeluarkan Digitimes dan Wall Street Journal.

Menurut Digitimes, tablet Asustek yang akan dilancarkan pada awal Mei depan dengan harga AS$199 yang bakal memberi pilihan kepada pembeli berbanding peranti Kindle Fire yang dikeluarkan Amazon.com. – AFP
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...