COOL !! Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma' ~ Bila Han Bercerita

Friday 16 March 2012

COOL !! Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'


Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin selepas berjaya meneka lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz “Itu Aje” anjuran stesen radio Suria FM
 



PETALING JAYA: Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof tidak menyangka jawapan lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz “Itu Aje” membawa tuah apabila dia berjaya membawa pulang wang tunai RM9,700 anjuran stesen radio itu.

Hasmah, 34, pekerja sebuah syarikat swasta memberitahu, petikan lagu yang dimainkan dalam kuiz itu berjaya dijawab dengan tepat apabila anaknya memberitahu ia adalah lagu Hukum Karma nyanyian kumpulan Wings.

“Pada mulanya suami saya, Azman Hassan telah menghubungi Suria FM dan memberi satu jawapan tetapi diberitahu ia adalah salah. Kemudian anak saya memberitahu petikan lagu tersebut adalah Hukum Karma dan dia meminta saya pula menghubungi studio Suria FM bagi menjawab soalan itu.

“Saya tidak menyangka, jawapan berkenaan sebenarnya membawa tuah kepada kami,” katanya kepada mStar Online selepas menerima cek kemenangannya yang disampaikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bercerita mengenai kemenangan itu Hasmah berkata dia ingin menyimpan wang berkenaan untuk kegunaan pada masa hadapan selain mahu bercuti bersama suami dan tiga anak mereka di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman.

"Mereka yang paling gembira sekali dengan kemenangan ini jadi apa salahnya wang yang diperoleh itu dibelanjakan untuk membawa anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Selain itu kami juga rasa bertuah kerana cek kemenangan disampaikan oleh Siti Nurhaliza," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kuiz “Itu Aje” sedang mencari pemenang baru dengan wang permulaan adalah RM100 dan akan terkumpul sekiranya pemanggil gagal meneka lagu apakah yang diputarkan oleh penyampai radio.

Selain itu juga, Suria FM akan memperkenalkan pertandingan terbaharu iaitu “Ketawa & Ceria di Suria, menang sehingga RM suku juta” bermula 19 Mac hingga 13 April depan.

Pendengar hanya perlu meneka dengan betul lima orang selebriti yang akan ketawa mengikut turutan dan 30 pendengar yang berjaya akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...