COOL !! Zahiril Adzim Terpaksa Tahan Diterajang ~ Bila Han Bercerita

Friday 2 March 2012

COOL !! Zahiril Adzim Terpaksa Tahan Diterajang


Zahiril Adzim Terpaksa Tahan Diterajang


KUALA LUMPUR, 1 MAC2012: Pelakon, Zahiril Adzim, 28, akui terpaksa menahan sakit selepas disepak dan terajang ketika melakonkan watak Adil sebagai peninju atau tomoi dalam filem Bunohan.

Bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan memuaskan, Zahiril Adzim berkata dia terpaksa menahan sakit itu selama dua bulan menjalani latihan sebelum memulakan penggambaran filem arahan Dain Said.

"Saya rasa sangat mencabar apabila membawa watak sebagai seorang peninju kerana saya perlu belajar cara tumbukan yang betul walaupun hanya melakonkannya.

"Ini kerana sebagai pengarah, Dain mahu lakonan saya nampak realistik dan tak mahu menggunakan apa juga camera trick sekalipun.

"Malah, Dain juga mahu saya nampak kuat dan bertenaga ketika melakonkan aksi meninju ini. Disebabkan itulah saya telah mengalami beberapa kecederaan serta kesan-kesan lebam di badan.

"Memang sakit sangat tapi saya berasa puas dengan hasilnya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Bunohan yang berlangsung di TGV Cinema, KLCC.

Selain Zahiril Adzim filem yang telah ditayangkan di Amerika Utara itu turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Wa Hanafisu, Soffie Jikan dan ramai lagi.

Bukan sahaja menjalani latihan meninju, dalam masa dua bulan itu juga pelakon filem Tolong Awek Aku Pontianak ini juga telah memasuki kelas bertutur dalam bahasa dan loghat Kelantan untuk digunakan dalam dialog filem tersebut.

Bagi menumpukan sepenuhnya kepada kedua-dua latihan tersebut, Zahiril akui dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon ketika itu.

"Saya rasa banyak pengorbanan yang saya lakukan untuk filem ini.

"Saya juga tak kisah untuk menolak tawaran lakonan lain demi menumpu sepenuhnya kepada Bunohan.

"Tidak tahu kenapa, tetapi waktu itu saya dapat rasakan yang karya ini boleh pergi jauh dan terbukti filem ini pun sudah diangkat di Amerika Utara.

"Saya juga percaya dengan karya yang diangkat oleh pengarah Dain. Kerana dia adalah antara orang seni yang menjadi idola saya,"jelasnya lagi.

Filem yang sudah ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'itu bakal menemui penonton tanah air bermula 8 Mac ini.

Bunohan mengisahkan nasib tiga bersaudara yang terpisah dan membawa haluan masing-masing, di mana Adil lakonan Zahiril Adzim memperjuangkan sukan Tomoi, Ilham (Fazal Hussein) sebagai pembunuh upahan dan Bakar (Pekin Ibrahim) sebagai seorang ahli perniagaan yang licik.


P/s :kenapa gua tulis tittle entry COOL!! sebab dia terpaksa keje keras dan tahan demi karier dan dapat mutu lakonan yang kualiti
sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...