Taubat nabi palsu sudah terlambat ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 7 March 2012

Taubat nabi palsu sudah terlambat

ABDUL KAHAR diiring keluar selepas Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam menolak rayuannya semalam


SHAH ALAM – Rayuan terakhir lelaki yang mendakwa ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 serta enam kali sebatan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam.

Tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar sebulat suara memutuskan bahawa hakim bicara Mahkamah Tinggi Syariah di sini tidak terkhilaf dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap perayu.

Sehubungan itu, hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Kahar pada 16 September 2009 selepas dia ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang pada pukul 9.45 pagi kekal.

Tertuduh kini ditahan di Penjara Kajang.

Abdul Kahar, 62, kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut namun ahli keluarga termasuk anak-anak tertuduh yang hadir sepanjang prosiding menangis teresak-esak.

Pada 21 September 2009, Hakim Abu Zaky Mohammad mensabitkan bekas pekerja Zoo Negara itu bersalah selepas menerima pengakuan salah terhadap lima tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang diasaskannya tujuh tahun lalu.

Selain hukuman berkenaan, Abdul Kahar turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman penjara.

“Secara keseluruhan mahkamah bersetuju dengan responden (Ketua Pendakwa Syarie) bahawa kesalahan ini melibatkan akidah yang serius dan sesuatu hukuman perlu bergantung pada berat kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Selain itu, merujuk kepada hujah perayu yang mendakwa sudah bertaubat dan insaf, Ibrahim berkata, taubat hanya boleh dibuktikan dengan amal soleh dan hakim bicara memutuskan hukuman berdasarkan apa yang dilihat secara zahir.

“Perlu diingat, hukuman adalah serampang dua mata: Satu untuk menyedarkan pesalah dan satu lagi adalah untuk memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak berbuat yang sama,” katanya.


P/s : Apa la dunia sekarang,kalau malaysia laksanakan hukum hudud insyallah mlaysia akan lebih terhindar dari gejala2 mcmni.huhu
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...