Fakta : Air Mani Digunakan Oleh Agen Perisikan MI6 Untuk Menulis Surat Rahsia ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 11 April 2017

Fakta : Air Mani Digunakan Oleh Agen Perisikan MI6 Untuk Menulis Surat Rahsia



LONDON - Sperma pernah digunakan sebagai cecair tulisan lutsinar yang paling efektif kerana tidak boleh dikesan oleh wap sodium. Agen rahsia British atau MI6 menggunakan sperma untuk menulis pesanan rahsia dalam Perang Dunia I.

Kerana bimbang dikesan pihak musuh, pihak M16 berusaha mencari formula palig berkesan untuk menulis pesanan rahsia tanpa dikesan oleh wap sodium yang pada ketika itu merupakan cara paling efektif dalam mengesan tulisan rahsia. Perkara ini dibongkar dalam catatan harian seorang wakil ketua perisikan tentera di Perancis, Walter Kirke.

Dalam catatan pada bulan Jun 1915 itu, terdapat permintaan cecair lutsinar yang tidak mudah dikesan dari pimpinan tertinggi MI6 di London University. Permintaan itu akhirnya mendapat jawapan pada bulan Oktober 1915.

Dalam surat itu, mereka mencadangkan pesanan rahsia ditulis dengan cairan yang sangat mudah didapati iaitu sperma atau air mani. Selain mudah didapati, hasil ujian menunjukkan sperma tidak dapat dikesan oleh wap sodium.

Mengikut peraturan yang ditetapkan ketika itu, seorang agen akan dikeluarkan dari tempatnya bertugas sekiranya dia membantah bila diarah menggunakan sperma untuk menulis sebarang pesanan. Para agen juga di ingatkan untuk sentiasa menggunakan sperma yang masih segar jika tidak mahu tulisan yang ditulis mengeluarkan bau yang tidak enak.

Catatan-catatan tersebut terdapat di dalam buku MI6:The History of the Secret Inteligence Service 1909-1949, hasil karya Profesor Keith Jeffery. Buku tersebut telah dilancarkan pada 2010 dan akan dimuat secara terbitan bersiri.



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...