Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000 ~ Bila Han Bercerita

Monday 10 April 2017

Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000

kereta paling kecil


Peel P50 merupakan kereta yang telah tersenarai di dalam buku Guinness World Records sebagai kereta jalanan yang terkecil di dunia. Setelah dilancarkan semula, ia di buat agar kelihatan kecil namun efisyen. Peel merupakan sebuah kereta yang dibuat dengan tangan pada awal tahun 1960-an.

Kenderaan ini telah direka oleh Cyrill Cannell. Falsafah Cannell dalam membuat kenderaan ini adalah ia mestilah mudah untuk dijaga, mudah untuk diletakkan dan mudah untuk dipandu.

Faizal Khan, pemilik semasa dan pengarah komersial Peel, telah membawa semula kereta ini kepada perhatian umum. Syarikat beliau kini menghasilkan Peel yang benar-benar sama seperti kenderaan yang asal.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelainan pada Peel versi baru ini di mana Khan dan kumpulannya telah menambah motor elektrik pada kenderaan mini ini. Menurut Khan dan James Buggle (Pengarah Inovasi di Peel), pergantungan kepada penggunaan bahan api yang sedikit dan efisyen ini lah yang telah memberi peluang kepada Peel untuk muncul semula.

Mereka juga berkata ia memberi makna baru kepada konsep kereta hijau. Reka bentuk Peel didorong oleh falsafah Cannell untuk mempunyai cahaya ultra, kompak ultra dan kereta yang sangat asas. Membawanya kembali telah membuatkan syarikat itu kekal dengan prinsip kegunaannya iaitu, mudah, ringan dan mudah digunakan. Elemen seperti yang terdapat pada kereta versi tahun 1960-an juga turut ditambah pada kenderaan versi baru ini.

Menurutnya lagi, enjin asal Peel ialah 2 stroke namun telah ditukar kepada 4 stroke bagi mematuhi peraturan pelepasan. Khan dan pasukannya juga telah menambah motor elektrik yang diletakan pada bahagian dalam roda belakang.

Ia juga dapat memberi ruang pada bahagian hadapan untuk diletakkan pek bateri ultra ringan. Pek bateri berkenaan boleh ditanggalkan dan sangat ringan iaitu sekitar 17 ke 18 paun sahaja. Peel boleh bergerak sejauh 20 kilometer dengan sekali cas.

Sebanyak 3 pek bateri boleh diletakkan dalam Peel P50 dan sekaligus boleh meningkatkan jumlah perjalanan sebanyak 60 ke 80 kilometer. Selain itu, bateri juga boleh dicas dengan menggunakan soket standard seperti yang terdapat di dalam rumah.

Kereta kecil dan comel ini boleh dibeli dengan harga £10,000 atau US$16,000. Oleh kerana kereta ini dibuat dengan tangan, hanya sekitar 5 hingga 10 buah kereta sahaja yang boleh dihasilkan oleh syarikat setiap bulan.


Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000

Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000

kereta 3 tayar

kereta ringan

Video:






Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...