Petua Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur ~ Bila Han Bercerita

Friday, 14 April 2017

Petua Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur

Petua Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur


Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk.

Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:


BAHAN-BAHAN:

Anggur
Tepung gandum secukupnya


CARA-CARA:

  1. Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  2. Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
  3. Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.




sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...