Ulat Beluncas Didapati Mampu Selesaikan Masalah Pelupusan Plastik ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

Ulat Beluncas Didapati Mampu Selesaikan Masalah Pelupusan Plastik

Ulat Beluncas Didapati Mampu Selesaikan Masalah Pelupusan Plastik

“Ulat beluncas akan menjadi titik permulaan. Kita perlu memahami bagaimana proses ini beroperasi. Kami berharap dapat menyediakan penyelesaian teknikal untuk mengurangkan masalah sisa plastik.”

Demikian kata penyelidik Universiti Cambridge, Dr. Paolo Bombelli berhubung pendedahan yang dilakukan oleh saintis dari Universiti Cambridge melalui kajian terhadap ulat beluncas yang mampu memakan plastik dalam tempoh sejam.

Bombelli menjelaskan jika proses kimia dapat dikenal pasti dengan mudah, perkara itu boleh membawa kepada penyelesaian pengurusan sisa plastik.

BBC melaporkan, ulat beluncas jenis ‘Galleria Mellonella’ merupakan spesies yang menjadi alternatif terbaik dalam menangani pencemaran plastik pada masa akan datang.

Setiap tahun, kira-kira 80 juta tan plastik polyethylene dihasilkan seluruh dunia.

Plastik konvensional dan polisterina diperbuat daripada bahan berasaskan petroleum yang tidak hancur atau reput tanpa tindakan kimia.


sumber




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...