SABRE : Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

SABRE : Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit

Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit


Reaction Engines, iaitu sebuah teknologi yang boleh membantu mempercepatkan pesawat yang sedia ada sehingga mencapai lima kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi. Dengan teknologi, ia di katakan dapat membawa manusia hingga ke stratosfera Bumi hanya dalam masa 15 minit.

Pihak syarikat ini juga merancang untuk menggunakan teknologi ini pada "spaceplane" yang mampu mencapai kelajuan hingga 3,500 batu sejam yang dikenali sebagai Skylon.

Menurut pihak The Daily Mail, reka bentuk enjin SABRE ini menggunakan sistem paip yang dipenuhi dengan helium. Udara akan melalui paip-paip ini dan helium akan membantu membuang haba yang terhasil. Apabila berada di angkasa, enjin ini akan bertukar mod kepada enjin roket.

Ini bermakna kapal terbang yang menggunakan enjin berkenaan mampu bergerak di orbit selama kira-kira 36 jam dan boleh juga digunakan untuk melancarkan satelit, contohnya.

Video:






Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...