Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan ~ Bila Han Bercerita

Friday 14 April 2017

Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan

Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan


TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas membuang puntung rokok ke dalam lubang pembentungan yang mengakibatkan letupan besar, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Tehran, jam 9.52 pagi 29 Mac lalu, mangsa terdahulu dilihat berjalan sambil menghisap rokok sebelum membuang puntung rokoknya ke dalam lubang pembentungan itu.

Beberapa saat kemudian, lubang pembentungan itu meletup dan serpihan batu mengenai muka dan badannya dalam kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian itu.

Apabila debu letupan berkurangan, mangsa dilihat merangkak dan cuba keluar dari kawasan letupan itu.

Difahamkan, video kejadian itu telah dimuat naik sejak Isnin lalu telah ditonton berjuta-juta netizen di seluruh dunia





sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...