Info : 10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 8 April 2017

Info : 10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas



1. Herpes Genital

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Hampir 31 juta rakyat Amerika, satu dari enam jumlah penduduk Amerika pernah menderita penyakit herpes genital. Herpes, yang disebabkan oleh virus Herpes Simplex Tahap 2, adalah jangkitan seumur hidup yang menyebabkan kelecetan pada alat kelamin. Ada juga pesakit lelaki yang tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi ia tetap boleh berjangkit kepada orang lain. Acydovir (Zovirox), sejenis ubat sapuan, hanya dapat meringankan gejalanya dan tidak mampu menyembuhkan penyakit berkenaan. Lecetan kerana penyakit herpes ini turut dapat meningkatkan risiko penularan wabak AIDS melalui kesan luka yang berdarah.


2. Sifilis

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Juga dikenali dengan nama 'Great Imitator' karena gejala awalnya mirip dengan gejala-gejala penyakit lain. Sifilis sering bermula dengan kesan lecet yang tidak sakit pada bahagian penis atau bahagian kemaluan lain dan berkembang dalam tiga tahap yang dapat berlanjutan hingga lebih dari 30 tahun. Secara umumnya, penyakit ini dapat membuatkan pesakit yang telah berumur sangat menderita, kerana ia turut menyumbang kepada penyakit jantung, kerosakan otak, dan buta. Sekiranya tidak diubati, penyakit ini jugadapat menyebabkan kematian. Kira-kira 120,000 orang di Amerika Syarikat dijangkiti sifilis tiap tahun.


3. Gonore (Kencing bernanah)

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Penyakit ini telah dikenali sejak dari dahulu lagi kerana ia mampu menyerang sekitar 1.5 juta orang Amerika, sama ada lelaki mahupun wanita pada setiap tahun. Meskipun penyakit ini menyerang tanpa menunjukkan sebarang gejala, jangkitan bakteria dari penyakit ini dapat menyebabkan rasa sakit setiap kali ketika membuang air kecil dan akan mengeluarkan nanah setelah dua hingga sepuluh hari dijangkiti. Sekiranya tidak diubati, penyakit ini dapat menyebabkan artritis, lepuhan pada kulit, dan jangkitan pada jantung atau otak. Gonore dapat disembuhkan dengan jumlah antibiotik yang banyak.


4. Klamidia

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Penyakit ini mempunyai keadaan yang mirip dengan penyakit Gonore, iaitu jangkitan tanpa sebarang simptom. Di Amerika, Klamidia termasuk dalam jenis penyakit yang paling mudah diubati, tetapi mudah juga untuk dijangkiti, iaitu sekitar 4 juta orang terkena jangkitan setiap tahun. Penyakit ini dapat menyebabkan artritis parah dan kemandulan pada golongan lelaki. Sama seperti sifilis dan Gonore, merek yang dijangkiti dapat disembuhkan dengan jumlah antibiotik yang banyak.


5. Genital Wart (Kutilan di alat kelamin)

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Di Amerika, laporan mengenai jangkitan penyakit Genital Wart telah mencapai 1 juta orang setiap tahun. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus papiloma, yang mempunyai kaitan dengan kanser penis serta anus. Walaupun kutilan yang terjadi dapat dihilangkan melalui pembedahan, dibakar, atau dibekukan, ia masih belum mempunyai ubat yang khusus dan mereka masih lagi boleh dijangkiti semula.


6. Hepatitis B

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Penyakit ini boleh berlanjutan hingga menyebabkan sirosis hati atau kanser hati. Setiap tahun, kes yang melibatkan penyakit ini dilaporkan mencapai 200,000 orang, walaupun ia satu-satunya penyakit yang boleh dicegah melalui kaedah vaksinasi.


7. Kanser Prostat

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Karin Rosenblatt dari University of Illinois, dikatakan bahawa dari 753 lelaki yang di kaji selidik, terdapat hubungan yang sangat ketara antara kanser prostat dan kekerapan hubungan seksual dengan beberapa orang wanita. Lelaki yang sering melakukan seks dengan ramai wanita lebih berisiko sebanyak 2 kali ganda untuk menghidap kanser prostat.


8. Kanser Serviks

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Hampir 95 peratus kanser serviks adalah disebabkan oleh Human Papiloma Virus (HPV), dan 33 peratus wanita dilaporkan mempunyai virus tersebut, yang menyebabkan adanya kesakitan pada bahagian leher rahim. Virus ini boleh merebak ketika menjalinkan hubungan seksual, dan lelaki juga boleh dijangkiti oleh virus ini.


9. HIV/AIDS

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Pertama kali ditemui pada tahun 1984. AIDS adalah penyakit yang boleh membawa kematian ke-6 tertinggi di dunia, baik bagi golongan wanita mahupun lelaki. Virus yang menyerang sistem imunisasi badan ini boleh  merebak melalui pembuluh darah dan sperma pada saat melakukan hubungan seksual. Hingga kini, vaksinnya masih lagi dalam tahap kajian dan masih belum terbukti berkesan untuk mencegah penularannya.


10. Trichomoniasis

10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas

Penyakit ini boleh menyebabkan kawasan di sekitar vagina menjadi berbuih atau berlendir. Ada juga mereka yang tidak mengalami sebarang simptom. Penyakit ini boleh menyebabkan bayi lahir secara tidak cukup bulan sekiranya si ibu menderita penyakit ini ketika hamil.



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...