Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 11 April 2017

Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak

kepala tersepit


Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah di bandar raya The Bronx, Amerika Syarikat.

Memetik laporan New York Post, kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 12.45pm di Stesen Woodlawn.

Lebih malang lagi, orang ramai yang melintas di hadapan pintu itu tidak membantunya, termasuk pekerja stesen berkenaan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kepala wanita itu dari paras leher terjulur keluar sementara anggota tubuhnya yang lain masih di dalam gerabak.

Dia terperangkap dalam keadaan itu sepanjang kereta api berkenaan berhenti di stesen itu. Seorang pengguna merakam penderitaannya sementara yang lain hanya melintas gerabak itu tanpa usaha untuk membantunya.

Wanita itu bagaimanapun tidak merayu untuk dibantu. Lebih aneh lagi, dia juga tidak kelihatan cemas mengenai keadaannya itu.

Seorang wanita lain kedengaran meminta seseorang membantu membuka pintu berkenaan.

Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan stesen tempat kejadian itu dirakam atau berapa lama wanita itu tersepit dan sama ada dia cedera.-CARI





Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...