Akibat Prank, Budak 11 Tahun Bunuh Diri ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

Akibat Prank, Budak 11 Tahun Bunuh Diri

Budak 11 tahun bunuh diri demi kekasih


TIDAK salah bergurau dengan orang sekeliling kerana gurauan dalam kehidupan boleh menceriakan hari-hari yang dilalui oleh kita dan orang di sekeliling kita.

Namun gurauan yang agak keterlaluan atau dipanggil 'prank' boleh mengundang padah sekiranya ia melebihi batasan.

Ini yang berlaku kepada Tysen Benz, 11, yang mengambil tindakan menamatkan riwayat hidupnya sendiri selepas 'teman wanita'nya yang berusia 13 tahun melakukan 'prank' dengan membuat kenyataan palsu mengenai kematiannya.

Kekasih Benz dikatakan membuat kenyataan menerusi laman sosial yang mengatakan dia telah meninggal dunia.

Remaja itu turut meminta bantuan rakannya untuk membuat kenyataan sama bagi meyakinkan Benz yang dia telah meninggal dunia akibat bunuh diri.

Benz yang terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dibaca menerusi ruangan media sosial itu mengambil keputusan sama untuk bersama dengan teman wanitanya.

Akibat perbuatan itu, Benz dikejarkan ke hospital sebaik sahaja ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya.

Tidak dapat diselamatkan, Benz akhirnya meninggal dunia pada 4 April lalu.

Ibu Benz, Katrina Goss memberitahu New York Post yang dia tidak pernah tahu tentang hubungan 'cinta' antara anaknya dengan gadis remaja terbabit.

Malah menurut Goss lagi, Benz tidak pernah menemukan mereka berdua sebelum ini.

"Saya tidak tahu kenapa dia (remaja perempuan tersebut) perlu mereka situasi yang bersifat manipulasi seperti itu," katanya seperti yang dipetik menerusi Metro.co.uk.

Sehubungan itu, Goss menggesa remaja tersebut berdepan dengan undang-undang dan dibicarakan di mahkamah atas perbuatannya.

"Ya, memang saya rasa sangat marah. Ya, mereka memang masih muda, tapi saya rasa sebagai remaja yang berusia 13 tahun dan cukup tahu untuk membuat keputusan dan tahu tentang yang mana betul atau salah, kamu boleh buat pilihan sebenarnya.

"Saya rasa dia mengambil kesempatan atas seorang kanak-kanak lelaki yang lebih muda daripadanya, cuba memanipulasi dan mengawal dengan sepenuhnya. Dia sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya atas gurauan yang dikenakan ke atas anak saya," katanya lagi.


P/s: haish.kecik lagi tu.cinta punya fasal kan.huhu


sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...