Info Seksual : Faraj Akan Mengalami 3 Tanda Utama Ini Jika Isteri Bernafsu ~ Bila Han Bercerita

Friday 28 April 2017

Info Seksual : Faraj Akan Mengalami 3 Tanda Utama Ini Jika Isteri Bernafsu

Faraj Akan Mengalami 3 Tanda Utama Ini Jika Isteri Bernafsu

Ramai para suami yang keliru dengan anatomi faraj isteri mereka. Malah ada suami yang tidak mengenali langsung bahagian-bahagian pada faraj isteri, dan apa fungsi setiap bahagian berikut.
Isteri bernafsu

Yang mereka tahu hanya bagaimana nak menggomol faraj isteri mereka. Ini bukan perkara yang salah, malah baguslah kalau para suami bernafsu untuk menggomol faraj isteri. Yang menjadi masalah ialah sekiranya anda sebagai suami tak bernafsu langsung dengan faraj isteri anda.

Kali ini saya nak ceritakan apa perubahan yang berlaku kepada faraj isteri anda apabila isteri anda bernafsu, atau terangsang.

Pengetahuan ini akan membantu anda untuk lebih cekap melayan isteri anda, sesuai dengan tahap rangsangan yang beliau alami.

3 Perubahan Faraj Apabila Isteri Bernafsu

Apabila isteri bernafsu atau isteri terangsang, akan berlaku beberapa perubahan pada tubuh beliau. Perubahan-perubahan ini berlaku pada seluruh tubuh, termasuk organ-organ seksual seperti payudara dan kemaluan.

Perubahan yang paling ketara, dan tidak boleh di buat-buat adalah perubahan yang berlaku kepada alat sulit, atau kemaluan isteri. Ini termasuk perubahan pada bahagian faraj.

Berikut ialah 3 tanda-tanda utama yang dialami oleh faraj apabila wanita terangsang.

1. Faraj akan mengeluarkan cecair

Di dalam faraj terdapat kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar ‘Bartholin’. Kelenjar ini berfungsi untuk merembeskan cecair yang akan membuatkan dinding lubang faraj menjadi basah.

Antara kandungan cecair ini ialah protein dan asid amino. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya anda tertelan cecair ini ketika melakukan foreplay, terutama sekali seks oral.

Lebih terangsang isteri anda, lebih banyak cecair yang dikeluarkan oleh kelenjar ini.

Walau bagaimanapun, jumlah cecair yang boleh dikeluarkan oleh faraj tidak sama untuk setiap wanita.
Ada wanita yang boleh mengeluarkan cairan dengan begitu banyak, dan sebaliknya.
Oleh itu jangan anggap isteri anda tidak terangsang sepenuhnya sekiranya beliau hanya sedikit basah pada faraj.
Yang penting ialah faraj beliau mula basah. Itu adalah tanda isteri bernafsu dan terangsang.

2. Bibir Faraj dan Biji Kelentit Membengkak dan Membesar

Seperti kaum lelaki, apabila wanita terangsang, aliran darah kepada alat sulit wanita akan meningkat. Ini membuat bibir faraj dan biji kelentit dipenuhi darah, seterusnya membengkak dan membesar.

Warna pada bahagian ini juga akan berubah. Warna bibir faraj dan biji kelentit menjadi lebih kemerah-merahan, walaupun untuk wanita berkulit gelap.

Ada wanita yang biji kelentitnya boleh membesar sehingga 3 kali ganda daripada saiz asal ketika terangsang

Keadaan ini juga membuat bibir faraj dan kelentit menjadi sangat sensitif kepada rangsangan, terutama sekali biji kelentit.

3. Lubang Faraj Memanjang

Selepas bibir faraj dan kelentit isteri membengkak dan membesar, otot-otot lubang faraj akan memasuki keadaan rehat dan bersedia.

Ini membuatkan lubang faraj membesar dan memanjang secara automatik. Keadaan ini berlaku untuk membuat faraj bersedia menerima tusukan zakar.

Oleh itu tidak kira apa pun saiz zakar, besar atau kecil, panjang atau pendek, faraj wanita akan menerimanya tusukan zakar tanpa sebarang masalah dan akan menyesuaikan keadaan faraj dengan saiz zakar pasangan mereka.

Semua Wanita Mengalaminya Apabila Terangsang

Tanda-tanda perubahan faraj yang telah saya berikan di atas akan dialami oleh semua wanita apabila beliau bernafsu atau terangsang, isteri anda tidak terkecuali.

Beri perhatian tambahan kepada faraj isteri anda ketika bersama. Jika beliau benar-benar bernafsu, faraj beliau tidak boleh lari dari mengeluarkan tanda-tanda di atas.

Ini adalah reaksi semula jadi tubuh wanita. Tanda-tanda ini tidak boleh dibuat-buat atau dilakonkan. Walaupun oleh pelakon wanita terbaik abad ini.

Bagaimana Anda Boleh Gunakan Ilmu Ini Untuk Memuaskan Isteri di Ranjang

Anda telah tahu apa yang akan berlaku apabila isteri bernafsu, iaitu apabila beliau benar-benar terangsang dan bersedia.

Selepas ini anda perlu perhatikan keadaan beliau, terutama sekali kemaluan dan faraj beliau sebelum bersetubuh. Pastikan isteri anda benar-benar terangsang sebelum mula menujah faraj isteri.
Tanda yang paling ketara seperti yang saya berikan di atas, ialah faraj beliau mulai basah. Ini adalah tanda utama beliau telah bersedia.

Perhatikan juga tanda-tanda lain seperti perubahan warna dan saiz pada bahagian alat sulit yang lain, seperti bibir faraj dan kelentit beliau.

Anda perlu peka terhadap perubahan tubuh isteri untuk menentukan sama ada beliau bersedia atau tidak untuk berasmara.

Ini penting untuk membuat isteri anda benar-benar puas, seterusnya memudahkan beliau orgasma dan klimaks


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...