(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas

(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas


Pada 18 November 2011, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya telah menjadi minuman bir pertama yang berada di angkasa lepas.


Dua orang peminat Facebook 'Natural Light', Danny dan Rich, muncul dengan idea gila untuk menjadikan minuman bir 'Natural Light' sebagai bir pertama di angkasa lepas.


Menurut mereka, minuman 'Natural Light' ni membantu diorang dalam mencapai impian, dengan menawarkan sokongan terhadap usaha mereka di laman sosial, Facebook.


Pada 16 November 2011, kapal angkasa itu telah dinamakan sebagai Alluminium Fullcan oleh peminat nya di laman Facebook.


Kapal angkasa tersebut telah dilancarkan pada 17 November 2011 melalui sebuah belon cuaca tepat pada pukul 11.11 a.m dan mendarat semula ke Bumi tepat pada pukul 1.45 p.m. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kapal angkasa tersebut naik pada ketinggian 90,000 kaki.


Kapal angkasa yang diberi nama 'The Alluminium Fullcan' itu mendarat sejauh 60 batu dari tempat ia dilancarkan dan mengambil masa 2 jam sebelum Danny dan Rick menemuinya dengan berpandukan GPS disebabkan oleh pendaratan dikawasan luar bandar. Projek tersebut dianggap sebagai satu kejayaan, dan pada keesokkan harinya, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya menjadi Minuman Bir Pertama Di Angkasa Lepas.


Kapal angkasa tersebut terdiri daripada bekas penyejuk styrofoam yang membawa bir pertama (bir penuh) di dalam bekas, alat penjejak GPS, dan kamera video HD yang menunjuk ke arah tin kosong di luar bekas tersebut.


Kalau korang nak tengok perjalanan minuman bir tu ke angkasa lepas, meh tengok video kat bawah ni




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...