Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 April 2017

Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam

Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam


Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di Tokyo.

Memetik laporan Reuters, Sumiko Iwamuro adalah seorang pengusaha restoran makanan Cina, namun di waktu malam, ia terkenal dengan nama DJ Sumirock di kelab malam di DecaBarZ, Jepun.

dia mula berjinak sebagai DJ pada usia 70-an dan memakan masa selama setahun lebih untuk belajar tentang muzik kelab.

Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam

Muzik yang dimainkan oleh beliau mempunyai elemen techno, jazz dan klasik.

"Ketika saya sedang 'spin', saya ingin mengikuti irama dan mainkan lagu yang tepat. Tapi yang paling penting saya ingin penonton saya terhibur," katanya.

Antara impian beliau adalah untuk berkongsi muzik nya di New York.

Berikut adalah satu video yang dimuat naik di YouTube







Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...