Sunday, 16 April 2017

Tahukah Anda 'Morning Sex' Bagus Untuk Kesihatan ?!

Tahukah Anda 'Morning Sex' Bagus Untuk Kesihatan ?!


Apa perkara pertama kebanyakan orang buat sebaik sahaja bangun dari tidur? Salah satu daripadanya pasti periksa bau nafas, bukan?

Lalu ke nak 'bercinta' sebaik bangun dari tidur? Dengan rambut berantakan, muka sembab, tahi mata 'bergantungan', 'morning breath' yang harum bak limau kasturi mungkin akan memotong stim saja.


Disebalik semua perkara buruk yang anda rasa dan fikirkan sebaik saja bangun tidur, hubungan seks pada waktu pagi sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan! Tak percaya? Jom tengok.


1. Mengurangkan tekanan darah

Prof. Musa Yakubu dari University of Ilorin berkata seks pada waktu pagi mengurangkan tekanan darah serta risiko serangan jantung.


2. Menguatkan sistem imun tubuh

'Bercinta' sekali atau dua kali sehari boleh meningkatkan kadar antibodi selain melindungi tubuh dari sebarang jangkitan kuman.


3. Buat anda semakin cantik

Mencapai orgasme ketika melakukan 'morning sex' akan melepaskan hormon oestrogen yang boleh membuatkan kulit dan rambut lebih sihat.


4. Mengurangkan risiko strok

Ahli sains dari Universiti Belfast mendapati 1,000 lelaki pertengahan usia yang melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sebanyak 50 peratus.

Semua penemuan berkenaan adalah hasil kajian pakar dan saintis. Bagaimana setiap pasangan menjalani kehidupan seks adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri.



sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga