Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 26 April 2017

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia


Litar bersepadu transistor organik yang ultra-nipis ini telah berjaya dicipta oleh sepasukan saintis yang diketuai oleh Professor Takao Someya dan Prof Madya Tsuyoshi Sekitani dari Universiti Tokyo. Apa yang menarik nya ialah ia kelihatan sangat nipis dan telah mengagumkan masyarakat saintifik berikutan bagaimana ia dibina dalam keadaan yang sangat nipis dan mudah dibentuk.

Litar elektronik ini juga amat mudah disesuaikan pada mana-mana jenis permukaan dan ia dianggap sebagai teknologi baru dalam dunia perubatan berikutan mereka yang memakainya tidak akan rasa apa-apa.

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Spesifikasi Litar Elektronik Paling Nipis dan Ringan Di Dunia:

- Mempunyai tebal sekitar 2 microns.
- Berat hanya 3 gram meter persegi, 30 kali lebih ringan dari sehelai kertas pejabat.
- 5 microns radius bengkok, dimana walaupun ia digulung sehingga bulat, ia tidak dapat dimusnahkan.

Kesemua sifat-sifat menakjubkan ini membuatkan litar tersebut boleh dipakai tanpa dirosakkan oleh sebarang pergerakan.

Apa yang lebih menakjubkan, ia sangat mudah dibuat dan hanya menelan kos yang rendah. Walaupun teknologi merupakan yang terbaru, kosnya murah kerana ia hanya menggunakan satu gulung filem plastik setebal 1 microns sahaja. Oleh itu, apabila ia menggunakan bahan seperti plastik, ia akan menjadi sangat fleksibel dan dapat menahan sebanyak 233% tegangan dan berfungsi sepenuhnya dalam keadaan itu.

Setakat ini, ia hanya sekadar prototaip. Ia juga mempunyai sensor sentuhan pada litar yang berukuran 4.8 cm x 4,8cm itu. Ia terdiri dari dua lapisan, lapisan litar bersepadu dan lapisan sensor sentuhan.

Menurut kenyataan seorang saintis dalam penyelidikan ini, "Sensor sentuh fleksibel terbaru ini adalah yang paling nipis, paling ringan dan orang ramai tidak dapat menyedari akan kewujudan peranti ini. Saya percaya perkembangan ini akan membuka pelbagai aplikasi baru, bermula dari sistem pemantauan kesihatan, instrumen perubatan yang dapat dipakai dan juga kulit robot pada masa hadapan."
Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Video:





Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...